Make your own free website on Tripod.com

SELAMAT DATANG KE

        IMPIAN

ke arah

Rounded Rectangle:  
 
Rounded Rectangle:  

GENERASI SUKSES

 

 

* KEMISKINAN DORONG KEJAYAAN

* DENGAN DUA KAKINYA SENDIRI

* CABARAN MATANGKAN ABIBAH

 

Kemiskinan dorong kejayaan

                                 

 

 

 

 

Dalam mengharungi kehidupan, banyak perkara yang manusia impikan. Sewaktu mengecapi impian, ada orang jatuh dan tertumpah apabila menghadapi cabaran. Manakala ada orang pula tidak pernah tunduk kepada cabaran, mereka sentiasa berusaha untuk mencapai kejayaan. 

Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan. Kemiskinan bukan halangan utama untuk mencapai kejayaan,"ujar wanita yang terpilih sebagai salah seorang peserta akhir Anugerah Trofi Sri Nona 2003 anjuran TV3.

Dr. Rebecca berasal dari keluarga yang miskin. Berkongsi makanan bersama adik-beradik memang satu perkara yang biasa. "Oleh itu apabila sahaja saya memasuki sekolah menengah, saya tahu hanya belajar bersungguh-sungguh kita boleh berjaya." Ujar Dr. Rebecca ketika ditemui di rumahnya.

Dr. Rebecca merupakan Pengarah Urusan ST Tiew Dental Group Sdn. Bhd. Beliau mempunyai 12 rangkaian klinik pergigian yang terdapat di Selangor dan Negeri Sembilan.

Beliau sebenarnya tidak hanya bekerja sebagai seorang doktor gigi. "Kini saya banyak terlibat dalam memberi ceramah dan menulis artikel di dalam majalah tentang penjagaan kesihatan gigi." Ujar Dr. Rebecca.

 

IMPIAN KE ARAH GENERASI SUKSES. IMPIAN KE ARAH GENERASI SUKSES.

 

 

Dengan kedua kakinya sendiri

 

 

 

 

 

'Sekarang saya dapat mengentak-entakan kaki saya yang dulunya tidak pernah dapat saya lakukan.'

Selain dari kenyataan bahawa dia memakai alat penyangga, anda tidak akan tahu kalau Paul Robinson yang lahir tanpa fibula baru saja dipanjang kaki kanannya sepanjang lima cm.

        Pada saat Paul dilahirkan dengan keadaan kaki kanannya yang lebih pendek enam inci daripada kaki kirinya, para doktor menginginkan agar kaki kanannya diamputasi dan dipasangi kaki palsu. Kedua orang tuanya akhirnya memutuskan untuk menunggu perkembangan teknologi medis, dan tidak usah dipertanyakan lagi, solusinya telah ditemukan.

        Paul menjalankan teknik pembedahan untuk memperpanjangkan kaki dan tangannya, Fitbone, yang dilakukan di Singapura untuk memperbaiki perbedaan pertumbuhan pada kakinya.

        Paul menggambarkan proses perpanjangan ini sebagai sebuah "goncangan kecil, tanpa rasa sakit sedikitpun." Kenyataan ini sangat bertolak belakang dengan operasinya yang pertama pada saat dia berumur 15 tahun, dengan menggunakan teknik "llizarov" untuk meperpanjangkan kakinya.Ketika ditanya apa yang paling dia inginkan untuk masa depannya, ia dengan segera menjawab dengan senyumannya yang khas,"Berjalan dengan dua kaki saya!"

        Anak muda yang masih lincah itu juga berencana untuk ikut bersepatu roda di East Coast dan berselancar es di Korea setelah operasinya.

        Dan pada saat Paul melepaskan alat penyangganya dan berjalan dengan hati-hati tetapi dengan keyakinan untuk difoto, dia mengumumkan," Tahun depan, operasi mata dengan laseri!"

 

IMPIAN KE ARAH GENERASI SUKSES. IMPIAN KE ARAH GENERASI SUKSES.

 

 

  Cabaran Matangkan Abibah      

 

 

 

 

Dulu guru, kini raih pelbagai anugerah dalam MLM.

Pada awalnya hanya sekadar ingin mencuba dan suka-suka sahaja. Namun setelah mencuba dan mendapat pulangan yang lumayan menjadikan beliau semakin berminat dalam bidang jualan langsung. Tambahan pula, bidang jualan langsung bukanlah susah sepertimana yang dikatakan sesetengah pihak. Baginya tidak ada benda yang mustahil dalam dunia ini. Sekiranya kita mempunyai azam yang kuat dan semangat yang jitu, segala-galanya dapat dicapai.

            Itulah serba sedikit pengenalan kepada seorang usahawan wanita yang kini telah berjaya dan disegani dalam empayar jualan langsung berbilang tingkat atau Multi Level Marketing (MLM). Berkat Keazaman dan tidak pernah berputus asa membolehkan Abibah Isa 38, mengecapi kejayaan hasil usaha dan titik peluhnya selama ini.

 

IMPIAN KE ARAH GENERASI SUKSES. IMPIAN KE ARAH GENERASI SUKSES.

 

BACK

http://lau111.tripod.com/